Wednesday, November 4, 2009

BUDGET KAWEN

Entry ni adalah entry masa depan..wah..kenapa aku cakap mcm tu? sebab nya aku nak tanya pada uols yang dah mendirikan rumahtangga mahupun bakal mendirikan rumah bertangga tak lama lagi..Ini soal budget..actually aku pun dalam plan tapi bukan lah dalam masa yg terdekat ni cuz aku nak plan je dulu. Budget2 dulu.

First thing aku nak tanya, berapa anggaran budget keseluruhan yang perlu ada kalo nak mendirikan rumahtangga?

yela..kan nak kena beli macam2 nak kena tempah macam2...katering lagi..duit hantaran lagi (ni pihak lelaki la yek) pakaian, khemah, barang2 hantaran, keperluan2 lain, deposit umah baru (lpas kawen aku tak nak dok umah mak mertua), honeymoon pakej lagi, byk kn?

SENARAI:
  1. duit hantaran (lelaki)
  2. barang2 hantaran
  3. khemah (lelaki dan pompuan)
  4. katering (lelaki dan pompuan)
  5. kad kawen
  6. cincin kawen+merisik (pihak lelaki)
  7. deposit rumah sewa (aku tak nak dok umah mak bapak)
  8. pakej honeymoon (perlu nye)
  9. barang2 rumah utk khidupan suami isteri
  10. pelamin
  11. make up
  12. pakaian pengantin
  13. ole-ole utk tetamu
  14. barang2 keperluan lain (lagi byk kot dr senarai ni)
-apa lagi erk?tu je yg ada dlm kepala otak aku skang. Dalam masa yg sama pada bulan kita kawen tu duit makan duit kereta duit bagi kat mak abah still on..so, mcm mana nak budget?

hah..lagi 1, berapa agak nya hantaran yg wajar nak mintak pihak lelaki erk? tu pun aku tak tau and tak leh nak pikir...

kepada uols yg sudah atau bakal mendirikan rumahtangga, marilah kongsi plan uols dengan aku. Sebab kalo korang share, Allah permudahkan urusan korang sebab membantu org lain hehehehehe amin..

buat asna : ekau siap ada proposal, hah ekau msti buleh tulun den..rite? sila2~

BABY

No comments: