Friday, November 7, 2008

Testing testing..(tak power pon!)


testing testing..ha nak promote sikit lagak ngeri owner of this blog..for those who love main gitar, please dont try this at home=D




so kat sini nak berkongsi sikit la lagu ape yang aku suka main ble berdampingan dengan kayu unik ni hahaha


aku slalu main first of all msti ar band fav butterfingers..royal jelly, chemistry, fire is the cure, faculties of mind, stolen mmg tak dilupa haha

bittersweet, laila's lounge, the times aku main jugak..and bnyak lagi la..
dan jeng jeng jeng!yg best and menghairahkan aku main gitar ni ialah lagu2 arctic monkeys...ha tu mmg layan haha cuz entah ar, aku suka ngn cara dia nynyi..loghat british gitu haha and the way they play, i just love it..mmg tigh, padat, padu, and pergh!!!

Monday, November 3, 2008

Span Kuning Berseluar Petak

Hey mari kita tengok ape yg Luqman suka tonton! tarra!!!...

It's Spongebob Squarepants!wah best tau katun ni..aku suka even ade yg ckp mcm budak-budak haha hey you guys..tv merupakan satu hiburan kan???so...Spongebob memang menghiburkan aku=) tau kenapa aku suka??sebab....

Dia selalu ceria, hepi de lucky yang warna-warni..buat aku dan para penonton turut rasa hepi!

ada kala juga dia bersedih ..

Dia ada ramai kawan-kawan yang kelakar!buat aku terkenangkan kawan-kawan aku yang kadang kala juga turut kerakar hahahahaha!!=D

Cerita ini juga memaparkan keevilan..kejahatan dan kegelapan yang selalu menganggu penduduk BIKINI BOTTOM wargh!

Dan ianya juga merupakan sebuah katun yang penuh dengan aksi-aksi hebat yang mendebarkan jantung setiap penonton yang menonton aksi yang ditayangkan unuk ditonton!

Katun yang penuh dengan pengembaraan yang hebat dan penuh dengan pertanyaan dan penunjuk serta papan tanda!

SuperHero penyelamat dunia yang hebat!!

Dan jalan cerita yang penuh misteri yang mendebarkan yang menggugat emosi penakut, gemuruh, gentar, dan toooot anda..

Jadi, jgn lupa..setiap hari, 5.00 pm, di TV9..

p/s: aku saje copy n paste post ni daripada blog aku lagi satu haha saje memenuhkan ruang hehe

Thursday, October 30, 2008

Emmet oh Emmet

Butterfingers

Emmett Butterfingers

"Emmett tries to break his guitar, but somehow the guitar fights back. He got a scratch on his side forehead. Ignoring the blood on his forehead, he continues to play Chemistry (Between Us). It was an epic scene."

petikan ni aku amik dari sebuah petikan haha emm aku rasa btul2 rugi tak g gig bukit jalil ari tu..mmg aku nak pegi ari tu actually, tapi keadaan tak mengizinkan..lagi pun aku takde member, n the most important things aku takde camera..nk kena beli satu nih hahaha hum emmet, tgk ar tu, siap kepala injured, tapi main gak untuk his lovely crowd hahaha chayork2 BUTTERFINGERS!!

p/s:kalo korang nak tau lebih lanjut pasal peristiwa KAMI THE GIG yang berlaku di Bukit Jalil, klik tajus post ni kat atas tu (emmet oh emmet)...TQ!

Friday, October 24, 2008



Ha jeng jeng jeng..this is the mag yang banyak menceritakan tentang arena muzikal tanah air Malaysia kita masa kini. ROTTW terbitan terbaru kali ni dah menjadikan Butterfingers as cover page and story of keluaran kali ni.

Aku dah beli dah mag ni..well peminat butter kan haha em dalam mag ni ade memaparkan temubual pihak mag dengan diorang ni..menceritakan macam mana album kembali lahir and album ni merupakan album yang paling singkat masa yang diambil untuk proses recording. ha ilham bnyk tercetus daripada Loque yang kini belajar di Berklee.

dalam buku ni juga ade turut diceritakan oleh Louqe sendiri cerita and peristiwa masa pembikinan album pertama diorang sampai ar album kembali ni. yang best masa album selamat tinggal duna ar, emmet and loque yang berada jauh yakni different country masa emmet study kat Kanada, diorang guna internet je haha and dalam album kembali, mister Masdor, the veteran pun ade join diorang wat album..

Actually, bila baca kan, aku teringin sgt ade member2 nak wat lagu sendiri..member ada, tapi myb keadaan tak mengizinkan..takde rezeki..kalo tak, hahahaha=)

Wednesday, October 22, 2008

My Movies

Ha kat sini aku nak berkongsi sikit dengan korang tentang movies yang aku suka, and antara yang fav ar haha. actually aku just talk tentang movie yang aku ingat je, and yang aku terfikir nak talk about sahaja..so meaning to say, bukan movies yang disebutkan sahaja mejhadhi phujhaan hathie khu hahaha. 1st of all, lets start with this kinda exciting movie for me..SHOOTER!

Citer ni dilakonkan oleh Mark Wahlberg..mak aih, cam ne nak sebut name ko ni bro??haha starting cite ni, dia bersama teman dia sedang menjalankan tugas cleaning the street dengan super weapon and kawan dia mati ble the enemy sedar kehadiran diorang yang tembak senyap2..skali helikopter dtg serang diorang daa..kawan dia mati..fuh tgk ar kat gmbar tu..korang nak tau, the bullet was so big hahaha em citer ni best ar..dia kira antara best sniper, and citer ni mengisahkan dia di aniaya..aniaya mcm mane?korang tgk ar citer ni kalo nak tau=)

Next film is jeng jeng jeng..ha korang maybe tau and maybe tak tau citer ape ni kan? haha well citer yang agak tak logik , and rekaan semata-mata..well korang paham-paham jela omputih ni kan..kelentong je lebey.nak tau citer ape??lihat bawah..

Yes..citer WANTED..mengisahkan tentang tembak swinger hahaha mcm bola tu kan, orang sepak bagi bola tu swing haha tapi kali ni, fuh gaya shotnye lain macam sikit haha. .satu kumpulan atau geng yang kerjanya bunuhmereka-mereka yang namanya came out from mesin ajaib..ha nak tau apekah mesin itu, pegi pasar malam, beli cd/dvd, korang tengaok sendiri hehe.

next is NEXT..i mean, citer seterusnye NEXT..korang ni paham ke tak?tajuk citer tu NEXT la..ayoo..lu phikhey la sindiri haha.citer ni mengisahkan mamat tua yang best ni, (aku suka citer2 yang dia main dowh..) boleh nampak future..tapi 2minit ke depan jela haha. so taklah gempak sangat betul tak?tapi jeng3!ade pihak berkuasa yang tau pasal dia and nak dia tolong setelkan satu masalah yang besar..its all about ancaman nuklear..and dia plak tak nak menginvolvekan diri dalam kes tu..so ble dia nmpak je puhak berkuasa akan dtg cari dia, dia lari dulu..

and ble dengan aweknye yang..wo..gambar ape ni??haha emm ble ngn awek dia ni, dia blh nampak masa depan lebih jauh..bukan 2minit je..malah boleh nampak 2jam, 12jam,22jam, dan berjam-jam haha tapi aku tak pasti sejauh mane..

next,i mean lepas tu..ble dah ngn awek dia ni, dia dpt tau FBI jmp awek dia and suh awek dia taruk drugs dlm minuman dia so that bile dia tak sedar, bley ar tangkap haha mane taknye..asal nak tangkap je dia dah cabut lari siap2 haha

akhirnya, dia tertangkap tak silap aku..lupe la..ha tgk tu..dia dipaksa tgk berita kat tv and bagitau berita ape yang akn terjadi nanti cuz FBI nak tau kat mane nuklear tu dipasang..skali dia nampak awek dia kne kidnap ar and awek dia kebabom diletupkan..so ape lagi..

dia pun lari ar dari tempat tu..orng tak dapat tngkap dia cuz dia tau ape akn jadi haha tengok tu, dia lari tu ha..and then, FBI join dia dalam misi nak elakkan aweknye diletopkan and cari nuklear tu..

ha tengok tu sesi tembak menembak..haha part ni best siot..ape nak jadi and sape yang nak menembak sume dia tau haha at last dia dapat selamatkan awek dia..and ape jadi dengan nuklear tu??ha pegi beli cite ni untuk tau=p

ha ade lagi citer yang best si nicolas cage ni main..and kat bawah ni antara movies yang aku tak tengok lagi..tunggu masa je nak beli dvd hehe..

Friday, September 12, 2008


jika anda bijak laksmana, buku apakah di atas?

Friday, September 5, 2008

Ramadhan Kali Ini..


Huh kata pak imam surau area rumah aku di aprtment seri indah, lestari perdana, sri kembangan, kehangatan Rmadhan kali ni, lain macam sikit. Selalunye dia mengimamkan jemaah pada hari Jumaat masa solat Jumaat, dia tak gementar sgt, tp, pd mlm menyambut Rmadhan, yakni malam pertama umat Islam di sini menyempurnakan ibadah solat sunat trawih, menurut beliau, rasa lain mcm je. dia rasa gementar, rasa gugup. a'ah la, masa solat Ishyak tu, masa baca surah pilihan lps al-fatihah, dia baca surah pendek, blh lupa ayat haha fuh memang hangat ramadhan kali ini.

Nak dijadikan cerita kehangatan Ramadhan ni, aku nak cerita sikit pengalaman yang membuatkan aku hangin di Ramadhan ni. mmg menguji kesabaran betul. Malam td, malam yang ke-5 aku menunaikan solat sunat trawih kat surau tu. masa solat ishyk, aku tak hagin lagi. khusyuk je haha tapi, lps solat isyhk, ada jemaah yang bgn, myb nak perbaharui wuduknya, or myb cuz of the other reason, so bile solat sunat trawih, aku pun ke saf dpn aku yang kosong di mana sebelah kanan aku ada abang ni, nampak mcm ok je, putih, berkaca mata, berjanggut and pendek kata, dia memang nampak ok la tapi adoi..macam siot je..dia punye solat goyang sane sini macam lalng ditiup angin, kejab-kejab kang dia jengket, kejab-kejab kang dia tengok jam dia..tengah dok berdiri, imam baca al-fatihah tu, dia tengok jam la, tergaru-garu kepala, tergaru-garu dahi..hadui memang menguji kesabaran betul la..aku jadi tak khusyuk nak solat..macam hampeh..kejab kang dia tengok-tengok kuku la, ape la..kalo gigit kuku, memang aku berheti solat, aku nak suruh dia makan kuku yang dia gigit tu WARGH!!!pastu time ruku', dia dok goyang-goyangkan lutut dia..yang paling kerap dia buat, mengeluh..kejab-kejab mengeluh..aku naik hangin betul la dengan brother ni..rasa nak penampar pun ada..dah tu, time sujud kang, dari tapak tangan sampai ke siku, dia kenekan lantai..orang sujuk, tapak tangan je kat lantai..yang dia, siap diiringi dengan mengeluh plak tu..

So, Alhamdulillah, aku dapat bersabar dengan kerenah mamat sekor ni sampai abis rakaat ke lapan solat trawih tu..kat situ buat lapan je..campur witir 3 rakaat..bila tibe time witir, ramai yang balik..termasuk la mamat tu..aku rasa dia ni tak betul kot..macam tekanan perasaan je..

Then masa witir, aku langkah ke saf lagi depan di mana betul-betul bawah kipas and kiri kanan aku pun bawah kipas jugak haha berkongsi kipas and ha, kat sini klakar haha aku mintak simpang supaya sesuatu yang betul-betul kelakar tak terjadi haha brother sebelah kiri aku ni pakai kain pelekat..and you know, dok bawah kipas yang pusing laju, angin kuat tu, angin tiup ke bawah, bila sampai ke lantai, angin tu kan pantul balik ke atas haha so kait abang sebelah aku tu mengembang macam dress pengantin tu haha kalo pengantin punye dres tu lawa la jugak kan ini degan hahahahahaha adoi aku nak tergelak dowh......hahaha so sepanjang 3rakaat tu, tiap kali berdiri, dia tak senang hati takut kain terbang ke atas, tak ke naya jemaah lain yang kat belakang???hahaha so malam tadi, ada dua orang mamat yang aku tak kenal buat aku tak khusyuk.dua orang, korang tengok jari aku kat atas tu, dua orang..

Itulah dia, banyak kenangan masa Bulan puase ni..macam-macam hal..pasal abang yang kain kembang tu, nasib baik tau tak..kan sekarang ni bulan puasa syaitan suma kene ikat..kalo bukan bulan pusa, aku takut syaitan tarik kain dia ke atas lagi ahahaha haru biru jadinya haha so akhir kata, SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA..

Kata adik aku, ape kelebihan yang kita dapat di bulan puasa??dengan melawak dia cakap, menguap tak payah tutup mulut sebab syaitan sume dah kena ikat, so tak dapat la masuk hahahaha

By: BOO

Wednesday, August 27, 2008

Peristiwa Keluar Jerit di Shah Alam

rimza aku emmet
bittersweet
Aku bergambar Kadak BUTTERFINGERS
Saat yang dinantikan

30Ogos2008-Dewan Kompleks Sukan,UiTM Shah Alam. Satu peristiwa yang agak menarik untuk dikongsi dengan pembaca telah berlaku sekitar jam 2.00pm. Program anjuran Celcom Xpac yang diadakan sempena Feskem 2008 di UiTM itu telah mengadakan beberapa program antaranya gig Outloud yang penulis sendiri hadiri untuk menyaksikan kemeriahan dan kebingitan gig yang diadakan di dewan kompleks sukan UiTM itu.

Gig yang diadakan bermula 29Ogos hingga 30Ogos sahaja. Walaubagaimanapun, aku hanya menghadiri gig pada 30Ogos sahaja berikutan faktor tenaga di mana aku agak kepenatan berkerja mencari rezeki pada 29Ogos. Menurut kawan aku, 'rimza' memberitahu bahawa pada 29Ogos, gig itu dihadiri oleh, Suki dan Hujan. Pada malam itu juga telah berlakunya satu peristiwa battle of the band antara student UiTM. Pelbagai ragam juga yang muncul di pentas merah itu, di mana di situlah tempatnya untuk anak-anak muda IPTA berkreatif dan beradu jari, tangan, kaki, suara, dan tenaga yang ada untuk menonjolkan bakat masing-masing.

Rimza, kawan aku sendiri dapat satu kenangan manis pada malam itu, di mana sewaktu band Hujan perform, sempena ketiadaan Noh, beliau mengangkat tangan tanpa segan silu nak ganti tempat Noh di atas pentas bersama Hujan. Bestnya beliau apabila, terpilih untuk menggantikan tempat Noh. Mlangnya, hahaha sebab terlalu excited, Hujan yang mainkan lagu 'bila aku sudah tiada' masa itu, Rimza lupa lirik, langsung tak ingat waktu tu. Tapi nasib agak baik sikit bila ada ahli Hujan yang backup memandangkan rimza terlalu seronok di atas pentas hingga lupa untuk mengeluarkan suaranya nyanyikan lagu tersebut. Kenangan macam tu, memanglah sukar dilupakan.

pada 30Ogos, aku ke Shah Alam seorang diri dari Seri Kembangan. Aku sampai awal di flat habitat rimza, membolehkan kami solat Zohor terlebih dahulu dan sempat memuaskan perut yang kelaparan. Setibanya kami di dewan, band dari UiTM yang menang dalam acara battle of the band pada malam itu sedang membuat persembahan. Vokalis yang berbadan besar tersebut, mempunyai suara yang agak okey. boleh jadi macam vaokalis one buck shot ni, cuma perlu banyak sikit senaman dan belajar untuk mengayakan diri. All the best bro!

2.30pm, artis yang mula membuat persembahan pada hari itu O@G. Bermula dengan lagu baru mereka sempena hari menyambut kemerdekaan, mereka telah mencipta lagu bertajuk Merdeka. Crowd agak kekeliruan kerana tak tahu lirik disebabkan lagu tu teramatlah barunya. cume di saat chorus, crowd menyanyikan sama2, 'merdeka merdeka,mer de kaaaaa..' dan kemudian mereka memainkan lagu seterusnye dengan selumber je yang bertajuk Slumber dan diikuti lagu yang aku tak berapa nak pasti tajuknya. lagu terakhir yang mereka mainkan is 60's tv. lagu ni, memang aku semangat nyanyi sama-sama sebab aku teramatlah hafal lirik lagu ini. Radhi berabut panjang degan gaya gila-gilanya buat pentas kelihatan amat hidup dan happening hingga beliau sendiri pening berpusing macam gasing.

Kemudian di ikuti dengan sebuah band yang di beri nama Abstrak Hingga ke Bulan, sebuah band di mana vokalis adalah perempuan dan vokalis serta basis adalah bekas pelajar UiTM juga suatu ketika dahulu. Antara lagu yang dimainkan bertajuk menanti, seakan-akan nyanyian Ella. Band ini yang kelihatan ahli kumpulan yang tidak begitu sepadan dari segi umur, di mana antara ahlinya yang sudah berumur berdasarkan dari segi rupa, gaya, dan cara pembawakan muziknya. Pada aku, mungkin tak sesuai kerana cara pemikiran kini dan dahulu berbeza. itu, pendapat aku, dan lain orang, lain pendapat. Tapi overall memang ok jugak band ni. memang cocok sampai ke bulan.

Bau come up with vokalis yang tinggi berbadan tegap menyayikan beberapa buah lagu mereka termasuk sebuah lagu yang dijadikan lagu tema drama Cindarella di TV3. Overall memang ok sahaja band ni main. keyboard player dia pun macam happening jugak. well guys, nice performance.

stage semakin hangat dengan hadirnya kegilaan Lan iaitu Meet Uncle Hussein. Mulaya degan lagu la la la la..la la la la la la..kerjalah. di sini, kebanyakan crowd nyanyi sekali, di mana aku juga turut berlala. dan diteruskan degan beberapa buah lagu lagi dari album mereka yang turut juga memainkan lagu yang paling aku gemari dari band ini iaitu Lagu Untukmu di mana aku nyanyi lagu ini bersama sehingga habis. Lan kelihatan agak agresif sehingga ada satu ketika dia terlepas stand microphone sehingga terkena guitar si guitarist mereka membuatkan guitarist tersebut berang lalu menendang stand tersebut bagaikan bola yang tiada angin. Jumpa Pakcik Hussein mengakhiri persembahan mereka dengan memainkan lagu Allahyarham seniman negara bernama Sudirman, lagu Balik Kampung. memang macam siot.

Stage kembali hangat dengan kehadiran sebuah band bergelar They Will Kill Us All. memang mereka membunuh aku. membunuh jiwa aku yang nak tengok performance band fav aku, tapi tak mati lagi. band ni memang gempak habis, dengan kenyaringan bunyi guitar, di mana pemainnya nampak professional begitu juga dengan gaya persembahannya. aku tertarik dengan lagu mereka bertajuk Running Into Space, sound like in hall di mana bunyi bergaung membuat lagu ini aku rasa penuh. tidak ku tahu ape yang penuh, tapu penuh.

Dari jauh, kelihatan ramai artis mula masuk untuk persembahan seterusnya. Kelihatan abang rom dari majalah ROTTW juga turut hadir untu membuat liputan. Seterusnya persembahan dari sebuah band yang kini sudah mula di kenali oleh rakyat iaitu Bittersweet. Kali ini, persembahannya pada aku tak semantap persembahan mereka sewaktu mereka membuat persembahan si UiTM Sungai Petani. Kali ini, silap yang saya nampak yang membuatkan persembahan mereka masa itu tidak mantap adalah dari segi voleum lead yang terlalu rendah, sehingga apabila tiba time for solo, tidak begitu kedengaran. jadi, tak menyerlah muzik yang dimainkan. Pijie yang nampak lembut nyanyi dengan tersenyum bile crowd mnyorakkan nama beliau.

Seterusnya crowd terus berkomplot buat bising dalam dewan tersebut bersama-sam band Komplot yang tampil dengan gaya tersendiri dan lagu-lagu yang mempunyai cara dan gaya muzik yang tersendiri. Keunikan band ini adalah dengan adanye pemain trompet yang memainkannye bergandingbahu dengan lead guitar. Ketika ini, crowd dah mula kepenatan dan semua sudah kelihatan tidak begitu happening. akan tetapi......

Apabila selesainya persembahan dari Komplot, crowd mula bangkit dengan sebuah semangat yang lain macam. Kelibat pemuzik Malaysia yang memperjuangkan muzik tanahair mula kelihatan masuk. Keramain sudah mula melaung-laungkan nama-nama ahli band tersebut. Band yang dimaksudkan adalah king of underground, BUTTERFINGERS. sejak dari mula, bila pengacara bertanyakan band ape yang ada hari ini, crowd menjerit "Butterfingers!!". Maka memang terbuktilah, inilah band yang dinanti-nantikan. Kelihatan Emmet, Loque, Kadak dan Loco masuk di pintu dan berborak-borak dengan band-band yang telah melakukan persembahan. Kadak mula-mula naik ke stage melambai-lambai crowd, setting yang perlu dan..

Emmet start with his nice smiles dan ucapan kata-kata aluan. Streaming guitar akustik dari Emmet dengan bunyi bergema yang unik oleh loque membuatkan aku terasa seperti memakai earphone walkman sony ericsons dan trus memulakan lagu bertajuk, Bebas di mana crowd turut sama menyanyikan lagu tersebut. paling kuat crowd menyanyi bersama ketika part enjit-enjit, semut siapa sakit naik atas. Mereka meneruskan lagu seterusnya yang bertajuk, Joget. Lagu ini yang menyedarkan rakyat dan pihak media semasa liriknya di hujung lagu in "ubah ubah ubah ubah..kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Lirik ini menekankan ketaksuban pihak media yang memuja lagu-lagu pendatang asing, selain meminggirkan pemuzik Malaysia. Seterusnya lagu yang dimulakan dengan rolling drum yang simple, Maharani. Lagu ni sedap dengan oohhh..ooohh..as suara latar yang memerdukan lagu ini. "Mereka kata aku gila, lagilah aku suka, otakku geliga, fikiran luarbiasa". Selepas habis lagu Maharani, loque membingitkan bunyi guitarnya dan perlahan beliau step into the next song, lagu yang ada juga kadang-kala terdengar di stesyen radio iaitu 1000Tahun. Crowd menyanyi lagu ini bersama-sama. "Kembali,ku mahu hidup 1000 thaun lagi". Di akhir lagu ini, Emmet turun keluar dari stage dahulu sambil melambai ke arah crowd, dan di ikuti Loque yang meninggalkan sound effect guitarnya menemanu Loco dan Kadak, dan akhir sekali, Kadak menamatkan lagu dengan petikan bassnya yang simple, bersahaja, dan amat baik di saat akhir sepeti itu.

Monday, August 25, 2008

Celikologi

Salam.

Hari ini 25Ogos2008, aku tetap bekerja sperti hari2 sebelum ini..emm mmg mcm ni la hidup aku keje kat government..mcm takde keje je..rilex memanjang..tp sometime ade la keje..yang bising wat keje aku dgr, para pegawai2 yg entah ape diorang sebukkan tapi tulah dia, nampak sebok sebuk sibuk sibok bz busy dan yg sekutu degannye..yang staff, looks like dok kat rumah, kat cyber cafe yang sebok menyembang, ade yang bisik2, ade yg bergayut gune phone ofis,ade yang bz kat pc peribadi dorg yang sebok chating, friendster, blogging..haha cthnye mcm aku, post blog..bile balik je, mmg la penat, tapi mcm mane nak buat haha walhal kat ofis keje pun kureng je..bosan and always bosan bile dah keje ni..even tak sesibuk mcm pegawai, aku tetap rasa mcm takde life kat cni..selalunye orang yang keje kat bank je yang rasa takde life, tapi aku yang keje kat government ni, msuk keje kul 8.30am, abis keje kul 2.30pm pun aku tetap rasa takde life...every single day feels like the same day...

Cume pada hari cuti mybe best sikit la. tapi semalam and kelmarin..aku tak dpt enjoy..lecehnye..aku miss 2 show yang aku nanti2kan, yg aku nak sgt pegi..gig BUTTERFINGERS..23hb and 24hb...24hb yakni smlm, kat planet hollykayu haha I mean hollywood, butterfingers main kat sane sempena keluaran album baru diorang..tapi album dah release a few month ago la..but aku rasa rigi sgt..aku mmg suka tgk live band..mcm masa kat UiTM dulu, best gak Bittersweet and 1 band dari alor star yang baru nak naik masa tu, aku tak igt and tak tau nak eja dgn betul name band tu, tapi tak silap aku "borjuis" kot..borjuis merupakan sebuah kaum..emm band ni best jugak la dgn pengaruh dari artic monkey for exmple..dorg main artic monkey pun best jgk la..bittersweet pun not bad, ramai yg dtg masa tu, ada jgk yg dari luar, bkn student la..tapi takbest sgt masa tu..lagi satu hal, masa law fiesta, aku ngan kawan aku Keroll and Rimza yang bagi comment kat blog aku, thanks beb. masa The Times wat show kat UiTM, entah ape2 la bdk2 yang dtg tu nak ragae, menari tak tentu pasal..aku tgk, tu bkn menari..The Times tgk la muzik main macam mane, tapi budak2 tu alahai sedey doh aku tgk..jadi tak best aku rasa show mlm tu..nak menari macam tu, show butterfingers ke, love me butch ke, one buck shot ke, okey la..ini The Times maa..

Betul kata rimza, kwn aku, dorg ni mcm tak phm kesah sebenar arena&halatuju muzik tanah air..segelintir rakyat Malaysia yang kononnye minat muzik indie, tak paham ape sebenarnya cerita2 perjuangan pemuzik tanah air yang mempertahankan keaslian dan keoriginalan idea yang dilahirkan oleh band2 yang mereka kutuk tu..mcm butterfingers, pihak media melemparkan cerita yang mereka sendiri tak faham cara pebawakan muzik tu. pihak media yang terus-menerus memuja muzik pendatang asing menindas pemuzik negara..tgk lah artis2 kita, main setakat kat gig2, kat planet, kat hard rock cafe..tapi tgk, peterpan band dari indonesia wat konsert besar-besaran kat Malaysia, mak aih..band Malaysia ada mcm tu??CROMOK yang muziknya diterima sampai kat Amerika, tak ke hebat tu??tgk hujan, sia-sia kena f**k ngn rakyat sendiri..kene f**k tu..tgk la kat youtube..apekebende la dorg ni kutuk artis sendiri..

Walaubagaimanapun, kini kita lihat, ade jugak yang support pemuzik Malaysia..cth, Xfresh f.m, mmg main lagu2 band Malaysia je..ok la tu, best jugak xfresh ni, wat gig untuk band2 Malaysia..ha mcm ni ok la..bukan nak membidas band dari luar tapi, kita support la band Malaysia ni lebih dari band luar..bagi ada semangat sikit..tak la asyik memperbaharui lagu2 lame je..kepada band2 Malaysia, teruskan perjuangan anda, berkreatiflah, jadikan butterfingers cthnya as idola. for me, Butterfingers can be said as 'KING OF INDIE BAND'.

Thursday, August 7, 2008

Butterback

ALBUM REVIEW : Butterfingers - Kembali With A Vengeance


Courtesy Of eddvedder.blogspot.com

If somebody told me 12 years ago, that Butterfingers will be rocking keroncong, joget or syair, sing entirely in Malay and write lyrics such as Satu, dua, tiga, empat / Siapa cepat dia dapat, I would definitely tell that person to go fark himself.

Come to think of it, The Beatles fan in the 60's would probably say the same things if they were told that Paul, John, Ringo and George would study transcendental meditation, play sitar and wrote lyrics such as Jai guru deva om.

I am not trying to compare Butterfingers with The Beatles; although they very much qualify to be our very own Beatles in terms of their musical evolution, experimentation and revolution. My point is this : I really can't think of any other local band that has grew so much musically and spiritually in a short period of time other than Butterfingers.

Every album since the raw-sounding 1.2 Miligrams up until now, Butterfingers is constantly changing, surprising us with their trademark Butter Sound, trying to improve their musical talent as well as to broaden their fans listening skills. They could have just stick to playing their hard-rocking grunge rock music that they mastered a long time ago and leave it at that, and everyone will be happy. But Butterfingers is not your average rock band. They definitely have something up their sleeves. And judging by their new 6th studio album Kembali, they are moving into the right direction.

Kembali is Butterfingers 2nd Malay language album after the very dark Selamat Tinggal Dunia and compared to that album, Kembali is the exact opposite. Filled with radio-friendly, catchy up-tempo songs with simple but meaningful lyrics, Kembali is like a Malay folk album with guitar effects. Malay peribahasa, syair and pantun are gracefully laced with a much simpler guitar works and sing-along tunes. It almost sounded like they travel back to Malaya in the 1950's, learn how to sing and play music, came back with spirits intact and put their own twist to the sound of those eras.

The songs are sung in the style of the 50's a-la R. Azmi, like they were telling us a story, or injecting some positive moral thinking into our soul. The music is definitely local, with Malaysian's traditional vibe in every song, but blended to sound global and universal. This is the new Butter-sound and Kembali is the new and improved Butterfingers. What's important is that, they sounded new, fresh and different. At the end of the day, something different is just what we need.

Track by track review :
  • Joget Global - Perfect intro to the album, with Emmett reciting syair and the band singing in a capella. Emmett and Loque sings ubah,ubah,ubah! / Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, an obvious ditty to the current state of Malaysia vs Indo music fiasco. I'm not really sure about the 5 minutes guitar effects and distortion sound towards the end of the song though.
  • Bebas - My fave track on the album (so far). Starting from the first line of lyrics, Enjit-enjit semut / siapa sakit naik atas, the song grabs your attention with beautiful melodies, laid-back singing and sing-along lyrics. Love the guitar fills in this song. Simple but effective.
  • Maharani - I guarantee, that violin notes will be stuck in your head for a few days. Emmett's show off his violin skills, perfectly blend with the sound of Loque guitar's. There's an impromptu, acoustic version of this song available on Butterfinger's YouTube channel here that sounded just as great with the 'oooh, ooohs..' and hand-claps replacing the violin and drum works. Very Weezer-ish!
  • Terus Terang - Wang ringgit boleh dicari / Tapi mana nak sama dengan kau seorang / Yang suka berterus-terang sings Emmett in this very simple but catchy song. The lyrics are probably about the fans and their loyalty to the band. The guitar solo in the middle reminded me of their Butter Worth Pushful days.
  • Air Liur di Kuala Lumpur - And ode to the capital city, with right on your nose lyrics such as Kuala Lumpur / Belajar beratur / Janganlah menggelupur. Listen carefully and you could hear Vio-Pipe, their famous instrumental song in the middle of this song, maybe sarcastically played by Loque.
  • Lengkap Semula - Obviously someone is in love. With lyrics such as Akan ku bina sebuah jambatan emas / Demi menghubungkan aku dengannya, the song started off slow, almost classical, and build up tempo in the second verse, before going into this big orchestra like chorus. The chorus melody was probably inspired by P. Ramlee's Anakku Sazali. A grand universal love song, Butter style.
  • Merdeka - Not 100% keroncong (came off sounded a little bit ska), but hats off to Loque for attempting to write a fresh new keroncong song. With a little help from music legend Pak Kassim Masdor on the grand piano, they managed to capture the feel of keroncong with lyrics about freedom. How cool it is for the band to jam with the legendary Kassim Masdor, who used to jam with the great P. Ramlee back in his days.
  • 1000 Tahun (Mahu Hidup) - The first single, started off really subtle with Loque creating guitar sounds that sounded like a sape (Sarawak's ethnic musical instrument), before gradually transforming into a hard-hitting rock song. Loco's drumming was energetic, and it's probably the only song on the album that you can headbang to. Emmett sings Harap maafkan / Di atas segala kesulitan / Perselisihan yang di hadapi / Amat Dikesali / Takkan berulang lagi... maybe it's about their love-hate relationship with the local Malay press? Whatever it is, this is a song about re-inventing, proclaiming that they are back, better than before.
  • Gelombang Cinta - While listening to this song, I kept thinking, if the lyrics were in English, it will definitely be Radiohead, during The Bends. I really like the sound of Kadak's bass on this one.
  • Mendaki Menara Condong - A little bit of Sebadoh and maybe Bloc Party on this track. Loco and Kadak carried this one with amazing drum and bass work. It's an uplifting song with lyrics such as Peristiwa berlaku dengan sebab / Terus mara ke depan / Jangan putus asa / Jangan menyerah kalah that will definitely lift your spirits in whatever it is that you're doing.
  • Mati Hidup Kembali - If The Beatles (again) have Let It Be, Butterfingers have this song. Loque beautifully crafted a masterpiece, going solo on the piano pouring his heart out to this song. The chorus sounded a little bit traditional with lyrics such as Malam semalam gundah gulana / Hari ini hari mulia / Tak pernah aku rasa begini / Seperti mati hidup kembali. This song simply sums up what the album is all about. After saying goodbye in Selamat Tinggal Dunia, now they are back in Kembali, reborn and reinvented.
I read an interview somewhere, that Butterfingers are saying that they were glad that nowadays, less people are labeling them, 'Malaysia's Best Band' like before, thus creating less pressure and anticipation into the creation of this album. Well, whether they like it or not, I like to call them, 'Malaysia's Most Creative Band'.

Go here for more info about Butterfingers.
Support the Butter movement.

Posted by edd Vedder

Tuesday, August 5, 2008

Hari Pada Hari Ini

Dunia muzik di Malaysia hari in makin baik berbanding dengan sebelum ini di mana kita dapat lihat muzik dari band-band indie sekarang mula diterima masyarakat, stesen-stesen radio Malaya dan sebagainya. ada juga yang turut menggunakan muzik petikan lagu dari band-band ini sebagai muzik latar iklan-iklan, dan drama di televisyen Malaysia masa kini. Ianya mula diterima secara terang-terangan sejak kemunculan drama bersiri KAMI di 8tv yang menggunakan muzik latar yang dipetik dari lagu-lagu seperti butterfingers, meet uncle hussain, bittersweet, one buck shot, dan yang sekufu dengannya.

Ini adalh berbeza dengan fenomena yang sebulum ini di mana muzik-muzik dari band ini tidak menerima lampu hijau di stesen-stesen radio malah kerajaan turut mengharamkan gig-gig kecil yang di adakan oleh mereka untuk menunjuk bakat masing-masing dan bersama-sama berkreatif di atas platform yang sama. Gig merupakan salah satu platform di mana ia digunakan oleh anak bangsa berjiwa seni dalam muzik untuk berkreatif dan meluahkan serta menonjolkan bakat-bakat yang ada dalam diri mereka. They did it by themself..they create the song, lyrics, melody by temself..Ini patut dihargai kerana dengan ini, dunia muzik Malaysia boleh melebarkan empayar muzik Malaysia dengan lahirnya idea-idea baru dan bukannya memperbaharui lagu-lagu lama seperti yang dilakukan oleh penyanyi-penyanyi dari syarikat rakaman yang kesempitan idea, imeginasi, dan sebagainya.

Secara terang-terangan kita boleh lihat di mana dangdut, di disko-disko di ibu kota dapat lampu hijau dari pihak tertentu walau pun dengan jelas, ianya penuh dengan isu-isu negeatif seperti isu dadah, pelacuran, maksiat dan sebagainya. Tambahan pula, dengan hadirnya segerombolan golongan VIP, yang asyik melayan dan berkhayal di celah-celah kepesatan GRO sehingga dinihari, pihak atasan harus memandang perkara ini dengan teliti. Mengapa ianya tidak diharamkan seperti gig yang hanya di hadiri oleh anak-anak muda untuk berkreatif? Mengapa ia selalu diserbu polis, di arah tamatkan serta-merta, dan diharamkan?

Muzik grunge, punk, hip-hop, metal, hard core dan sebagainya hanya la jenis-jenis muzik yang muncul secara 'temporary' yakni ianya adalah untuk zaman kini. Sama seperti dulu kita lihat, muzik-muzik keroncong, pop yeye dan sebagainya. Bezanya hanyalah masa. Masa kini, mestilah dengan muzik masa kini, bertukar mengikut arus zaman yang sentiasa bergerak.

Butterfingers merupakan salah satu band yang di minati oleh keramaian anak-anak muda, malah bapa-bapa kepada anak muda yang meminati dunia muzik indie. Dari dulu hingga kini, butterfingers tetap di hati peminatnya. Dengan muzik yang dihasilkan oleh Loque as guitarist utama yang ada unsur-unsur kemelayuan dan ala-ala keroncong, amat menghiburkan. Tambahan pula dengan suara Emmet yang sesuai dengan muzik dan guitar yang dihasilkan oleh Loque. Mereka juga merupakan "idola" kepada para pemuzik indie Malaysia hingga kini. I'm one of the butter's fanz. So, keep breath in ego guys!

Monday, July 28, 2008

Underground

Sekarang ni kita tengok, macam-macam hal la dunia ni..isu politik sana sini..tak berkesudahan dengan perbalahan, pergaduhan antara satu sama lain..dari isu politik, hinggalah ke sub-sub isu dalam negara, sosial dan sebagainya..
Jadi, di sini, saya ingin berkata tentang isu yang lebih kepada kehidupan sociality in term of kehidupan remaja masa kini dalam dunia Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi ini.Word ‘underground’ boleh dikatan membawa maksud yang more to mybe pergerakan bawah tanah yang lebih kepada unsur yang membimbangkan. tapi dalam konteks seni muzik, meaning to say that underground music is more to the kreativiti dan bakat yang ada pada pada mereka-meraka yang terlibat dalam hal ni, yakni secara independen di mana mereka ini tak la bergantung kepada elemen-elemen membabitkan orang tengah, contohnya macam pergantungan atau pertolongan daripada segelintir syarikat rakaman besar dan mungkin juga ada unsur-unsur parasit seni mereka ni.
Why it is called parasit seni? Sebab mereka adalah antara golongan yang suka,sering,selalu ambil kesempatan ke atas kebolehan, kreativiti, dan hak-hak artis rakaman yang memberi keposibilitian populariti mereka naik, or even meletup dalam sekelip mata dan sape tau,it might merudum juga dalam sekelip mata kalau tak de rezeki kan.
Dalam memperkatakan mencipta seni kita sendiri, adakah kita nak biarkan campurtangan pihak luar yang ingin mengambil kesempatan dengan alasan ingin menolong? Ciptaan seni semestinya lahir dgn jujur tanpa ada any elemen-elemen yang merupakan block kepada kelahiran idea-idea, or sesuatu yang mengongkong kreativiti dan ekspresi seseorang seniman yang cuba untuk melahirkan sesuatu idea. Pandangan negatif yang menular dalam kepesatan masyarakat negara tercinta kita ini mengenai senario underground yang banyak dimanipulasikan oleh media-media dan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan serta agenda masing-masing tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat perjuangan insan-insan seni. Berpegang pada konsep yang satu ni, 'do it yourself, ' merupakan satu fundamental yang menekankan unsur-unsur dan semangat dalam diri setiap individu. So that setiap output yang dihasilkan oleh undergrouders ini adalah sesuatu yang bernilai dengan penghasilan yang lahir dari kerahan fikiran mereka yang unik dan mempunyai idea yang tersendiri. dari situ, lahirnya kepuasan untuk diri sendiri, proud dengan hasil sendiri, even most of them terima pulangan yang tak seberapa..
Ape yg aku merepek,aku tak tau..hope korang faham ape yang cube aku sampaikan. I think it is not the hot issues to discuss but, nevermine.

Wednesday, July 23, 2008


Assalamualaikum.
As a starting for this blog, i would like to introduce myself..which I'm going to tell you guys a little bit about me..
Well,saya dilahirkan pada 24 Januari 1987 di Taiping, Perak.
Dibesarkan di Taiping, dan mula membesar, membesar, dan makin membesar, tinggi, dan terus tinggi..cuma aku tak mengembang je haha kurus je..aku mula belajar kat tabika kemas..dekat Taiping, taman Kaya pada tahun aku pun dah tak ingat..
Then aku masuk darjah1 mula-mula kat sekolah Sekolah Rendah King Edward dkt ngn Telekom ayahnda aku bekerja..pagi-pagi tiap-tiap hari aku bangun and tunggu buz aroun 6.30a.m..aku igt lagi pagi-pagi tu kadang-kadang aku tunggu buz ngan mak aku.dia temankan. Yela anak sulung, tunggu buz pagi-pagi buta yang kebanyakan org tgh membuta tu haha...
Then masuk darjah2, aku mula pergi sek ngan adik aku, Ramizah yang baru masuk darjah 1..Interesting aku nagn adik aku ni birthday sama tarikh 24Jan tapi tahun je lain haha em so tiap-tiap pagi aku pegi ngn dia..then pertengan tahun tu,aku tukar sekolah di mana sekolah tu lebih dkt..dalam taman tu jgk..Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Aur..
Setahun aku sekolah kat situ,sampai darjah 3,pertengahan tahun jugak masa tu, ayahnda aku naik pangkat dan ditukarkan ke Melaka..fuh jauh tu..merantau haha masa pindah tu aku naik lori..bapak besar lorinya..tiba kat melaka, aku tinggal di Taman Bukit Katil and bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato' Demang Hussain..kat sana haha macam-macam peristiwa..aku dpt ramai kawan,aku jatuh lonkang,aku jatuh basikal,aku lari-lari jatuh,jatuh katil,ha haha jatuh je..
Aku kat sana lebih kurang 2tahun..dari darjah3 sampai pertengahan tahun darjah5..pertegahan tahun lagi..ayoo..then aku pindah ke Ipoh..
Dan dari sini lah,bermulanya hidup aku sebagai anak lelaki yang betul-betul lelaki haha.di situlah tempat aku mula ramai kawan best-best di mana sampai sekarang aku berkawan rapat and slalu contact diorang.nak sebut la sape,haha diorang ialah Hazarul(kudi), Faisal, Bokharie, Khair, Syafiq dan ramai lagi tapi yang the most rapat diorang ni la..tapi sejak kebelakangan ni,masing-masing dgn hal-hal sendiri,so busy ckit la.dgn diorang ni la aku berkawan sampai tercetusnya idea 'KAWAN'..ha pasal tu,coming soon okey.Best Issue.
Mula-mula aku sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Penkalan Pegoh di mana aku mula berkenalan dengan kawan-kawan aku tu sampai la sekarang. aku sekolah kat situ sampai darjah6, then aku masuk sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebansaan Pasir Puteh. kat sini macam-macam peristiwa jugak yang aku mula tunjuk belang, gaduh la, belasah India la,kena belasah la hahaha.aku sekolah kat situ dari form1 sampai la pertengahan tahun masa form2,aku tukar sekolah baru yang lebih dekat jugak..adoi haha kebetulan kes tukar sekolah ni sama macam masa aku sekolah rendah dulu..darjah2 tukar,ni form2 tukar jugak haha emm..aku masuk sekolah baru called Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkanlan Pegoh.kat sini la aku mula menterjebakkan diri ke alam remaja bersosial..bukan so sial erk haha em maksud aku, aku mula tau tentang group-group yang wujud dalam dunia remaja yang entah ape punye peganggan yang mereka-mereka ni anuti. Contoh-contoh waktu tu ialah hip-hop, grunge, punk, skin head, jepenese. budak-budak yang taksub dengan entah ape anutan yang diorang ni selalu perkatakan selalu tanye 'ko budak ape?' hang budak ape?' hekelah what the hell la diorang tu...AKU BUDAK BAIK! haha merepek la diorang masa tu..biasa la,budak-budak kan..taksub sampai lupe agama pun ada beb..Aku pun ada pengalaman jugak dulu di mana aku layan and join group hip-hop..bila difikir-fikirkan balik kelakar pun ada haha tapi tu la..masa tu aku and kawan-kawan blajar dance and so on..aku tak la hebat.takat basic je. then kami(aku & kawan-kawan) ubah style, jadi bdk japenese pulak haha macam-macam hal ar dulu.best siot ada pengalaman merepek macam tu haha emm masa tu la aku makin bertambah ramai kenalan and mula terpengaruh dengan dunia muzik ni. start dengan lagu-lagu overseas like linkin park pada mulanya..then baru layan local band. And the first local band yang aku layan is BUTTERFINGERS. first song is DoomsDayOut.aku minat and tertarik dengan suara Emmet and the way Loque main guitar. then aku mula dengar kaset-kaset dari kawan-kawan aku yang mula layan local band, contoh bara, paradigm of 5kingdom and so on..macam-macam la, tak ingat dah time nak post ni hehe.
Then after form3 yakni lepas PMR, aku tukar sekolah iaitu Sekolah Menegah Teknik Kuala Kangsar on 2003. haha banyak tak kisah pengalaman aku tukar sekolah??cube la korang kira berapa banyak sekolah yang aku singgah masa zaman sekolah dulu haha yang bestnya kat sekolah teknik ni, aku masuk satu kelas dengan member aku Bokharie, antara member rapat kat sekolah Ipoh. masuk masa 1st intake and the rest of kawan aku yang lain masuk masa special intake haha sume geng Pengkalan menyerang haha sume kitorang satu kelas. Aku, Hazarul, Faisal, Bokharie, and Khair sume dari Pengkalan, kelas Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU) haha best siot 1geng masuk sekolah sama, kelas sama haha. banyak pengalaman pahit manis aku masa form4 dulu and lagi banyak kenangan aku masa form5..Bermulanya kisah aku bercinta dengan seorang Gadis di mana hingga kini, dia still degan aku untill now, BAHAGIA BERSAMA SELAMANYA..itu yang aku harapkan degan dia. Banyak kisah suka duka aku kat sekolah tu, pahit manis aku di situ, pengalaman, segalanya tersimpan dalam kenangan aku.