
Ini adalh berbeza dengan fenomena yang sebulum ini di mana muzik-muzik dari band ini tidak menerima lampu hijau di stesen-stesen radio malah kerajaan turut mengharamkan gig-gig kecil yang di adakan oleh mereka untuk menunjuk bakat masing-masing dan bersama-sama berkreatif di atas platform yang sama. Gig merupakan salah satu platform di mana ia digunakan oleh anak bangsa berjiwa seni dalam muzik untuk berkreatif dan meluahkan serta menonjolkan bakat-bakat yang ada dalam diri mereka. They did it by themself..they create the song, lyrics, melody by temself..Ini patut dihargai kerana dengan ini, dunia muzik Malaysia boleh melebarkan empayar muzik Malaysia dengan lahirnya idea-idea baru dan bukannya memperbaharui lagu-lagu lama seperti yang dilakukan oleh penyanyi-penyanyi dari syarikat rakaman yang kesempitan idea, imeginasi, dan sebagainya.
Secara terang-terangan kita boleh lihat di mana dangdut, di disko-disko di ibu kota dapat lampu hijau dari pihak tertentu walau pun dengan jelas, ianya penuh dengan isu-isu negeatif seperti isu dadah, pelacuran, maksiat dan sebagainya. Tambahan pula, dengan hadirnya segerombolan golongan VIP, yang asyik melayan dan berkhayal di celah-celah kepesatan GRO sehingga dinihari, pihak atasan harus memandang perkara ini dengan teliti. Mengapa ianya tidak diharamkan seperti gig yang hanya di hadiri oleh anak-anak muda untuk berkreatif? Mengapa ia selalu diserbu polis, di arah tamatkan serta-merta, dan diharamkan?
Muzik grunge, punk, hip-hop, metal, hard core dan sebagainya hanya la jenis-jenis muzik yang muncul secara 'temporary' yakni ianya adalah untuk zaman kini. Sama seperti dulu kita lihat, muzik-muzik keroncong, pop yeye dan sebagainya. Bezanya hanyalah masa. Masa kini, mestilah dengan muzik masa kini, bertukar mengikut arus zaman yang sentiasa bergerak.
Butterfingers merupakan salah satu band yang di minati oleh keramaian anak-anak muda, malah bapa-bapa kepada anak muda yang meminati dunia muzik indie. Dari dulu hingga kini, butterfingers tetap di hati peminatnya. Dengan muzik yang dihasilkan oleh Loque as guitarist utama yang ada unsur-unsur kemelayuan dan ala-ala keroncong, amat menghiburkan. Tambahan pula dengan suara Emmet yang sesuai dengan muzik dan guitar yang dihasilkan oleh Loque. Mereka juga merupakan "idola" kepada para pemuzik indie Malaysia hingga kini. I'm one of the butter's fanz. So, keep breath in ego guys!
No comments:
Post a Comment